Free Web Counter
Selamat datang [Login | Daftar]
Mengikut Kategori
Produk Istimewa
Produk Terlaris







Kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan mencetak kad undangan perkahwinan yang eksklusif, elegan dan unik. Pereka grafik kami telah menghasilkan ribuan kad jemputan untuk majlis perkahwinan sama ada yang serba sederhana sehinggalah ke majlis yang gilang gemilang. Kad undangan kami dibahagikan kepada enam kategori utama: Eksklusif, Import, Standard, Ekonomi, Tawaran Istimewa dan Rampaisari mengandungi Barangan serta Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan keperluan majlis perkahwinan..
 
Bagi kad dalam Kategori Standard, Ekonomi dan Tawaran Istimewa, anda boleh membuat tempahan secara terus daripada laman web kami. Bagaimanapun, bagi kad dalam Kategori Import, dan Eksklusif, anda dicadangkan datang sendiri ke showroom Ixora dan berbincang dengan pereka grafik kami secara bersemuka.  Di Ixora, anda boleh membuat tempahan kad undangan mengikut citarasa anda sendiri.
 
Untuk memudahkan anda memahami cara berurusniaga melalui laman web ini, anda dicadangkan melayari laman Panduan  dan laman Soalan Lazim.  Selain itu, anda juga diminta membaca dengan teliti Terma dan Syarat yang ditetapkan sebelum membuat pembelian melalui laman web kami.

Anda ingin mendapatkan maklumat rekabentuk terkini atau tawaran istimewa dari masa ke semasa?  Anda dipelawa mendaftar sebagai Peminat Facebook kami.  Sebagai Peminat/Penggemar anda boleh mendapat diskaun sehingga lima (5) peratus bagi kad yang dipaparkan pada Facebook berkenaan dan dua (2) peratus diskaun jika anda membuat tempahan kad selain yang dipaparkan pada Facebook tersebut.  Sila klik pautan Facebook yang terdapat di ruang sebelah kanan laman web ini dan berdaftarlah sebagai Peminat/ Penggemar.  Jangan lepaskan peluang ini. 


OUTLET  DI AMPANG 

Kami telah mula beroperasi di Galaxy Ampang Shopping Centre, Ground Floor, G1-078.  Temui kami di outlet ini dan dapatkan hadiah menarik apabila anda membuat tempahan. 

Waktu operasi:  11.00 pagi hingga 9.00 malam (Khamis - Selasa).  Rabu (11.00 - 7.00 ptg)

Sila telefon 03-4270 4332 jika anda memerlukan keterangan lanjut.




Last updated: July 8, 2010
 

Produk Terkini
Cari
Troli Belian
Troli belian anda masih kosong.
0Item dalam troli:
RM0.00Jumlah:
Ikuti Ixora di Facebook
Kandungan Dilindungi
    Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Dasar Privasi | Syarat Penggunaan | Teks Undangan | Peta Lokasi