Free Web Counter
Selamat datang [Login | Daftar]
Mengikut Kategori
Produk Istimewa
Produk Terlaris
Panduan

Panduan Membuat Pembelian Secara On-line

Langkah 1

Anda hendaklah berdaftar terlebih dahulu. Untuk tujuan tersebut, sila klik Daftar   

Langkah 2

Borang Pendaftaran akan dipaparkan. Sila isi borang yang dipaparkan itu sepenuhnya.



Sila klik Teruskan. Setelah itu sepatutnya anda akan dapat melihat nama anda dipaparkan pada ucapan Selamat Datang Semula. Ini bermakna proses pendaftaran anda telah berjaya.




Langkah 3

Pilih produk yang anda inginkan dan tentukan kuantiti yang dikehendaki.  Bagi kad undangan, kuantiti minimum yang boleh ditempah ialah 100 manakala bagi banting/banner, kuantiti minimum hanyalah satu unit sahaja.

Sila ambil perhatian bahawa harga dan kuantiti bagi kad undangan yang dipaparkan pada laman ini adalah berdasarkan kuantiti 1 atau bersamaan 100 unit.  Sekiranya anda ingin membuat tempahan sebanyak 200 unit, angka 1 pada ruangan Kuantiti itu hendaklah ditukar kepada 2, jika anda memerlukan 1,000 unit, sila tukar kuantiti tersebut kepada 10, dan begitulah seterusnya.

Sila ambil maklum bahawa harga per unit akan lebih rendah apabila kuantiti tempahan bagi produk itu lebih tinggi.




Langkah 4

Setelah anda membuat pilihan produk yang dikehendaki dengan kuantiti yang diperlukan, sila semak pada Troli Belian anda. Produk pilihan,  kuantiti dan harga dipaparkan. Selepas itu, sila klik Lihat Troli Belian




Langkah 5

Setelah anda klik Lihat Troli Belian, maklumat lengkap mengenai  pembelian anda dipaparkan pada Troli Belian. Sila semak dengan teliti maklumat tersebut dan setelah berpuas hati, sila klik Teruskan.

Selepas itu, maklumat mengenai Alamat Invois dan Alamat Penghantaran akan dipaparkan.  Sila semak dengan teliti maklumat tersebut dan jika berpuashati, sila klik Teruskan.

Paparan seterusnya ialah mengenai Kos Penghantaran.  Anda boleh memilih sama ada:

    (a) Menguruskan sendiri produk yang telah siap dan mengambilnya di pejabat kami di Ampang, atau

    (b) Meminta kami menguruskan penghantaran sama ada melalui Pos Laju atau Pos Biasa.

Sekiranya anda memutuskan untuk menguruskan sendiri, anda boleh abaikan saja Kos Penghantaran yang dipaparkan itu.

Jika anda telah berpuas hati dengan harga yang dipaparkan, sila klik Teruskan.

Maklumat mengenai cara pembayaran akan dipaparkan. 

Oleh kerana buat masa ini hanya ada satu kaedah pembayaran iaitu melalui pindahan akaun bank, anda hanya perlu klik Teruskan.

Invois Tempahan akan dipaparkan.  Adalah sebaiknya Invois itu dicetak untuk simpanan anda.  Pada Invois itu juga, kami ada memberikan maklumat mengenai Akaun Bank.  Setelah anda membuat pembayaran, anda dikehendaki memberikan secara bertulis melalui emel mengenai perkara-perkara  berikut:-

(a) Nama Bank:

(b) Tarikh Bayaran Dibuat:

(c) Amaun Bayaran:

Setelah kami menerima butir-butir berkenaan, pihak kami akan membuat semakan dengan pihak bank.

Emel pengesahan penerimaan akan dikirim kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Sekiranya anda tidak menerima emel tersebut, sila maklumkan kepada kami melalui telefon.


Cari
Troli Belian
Troli belian anda masih kosong.
0Item dalam troli:
RM0.00Jumlah:
Ikuti Ixora di Facebook
Kandungan Dilindungi
    Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Dasar Privasi | Syarat Penggunaan | Teks Undangan | Peta Lokasi