Free Web Counter
Selamat datang [Login | Daftar]
Mengikut Kategori
Produk Istimewa
Produk Terlaris
Teks Undangan

Contoh Teks Undangan

 
(Contoh 1)

 
Dengan rasa penuh kesyukuran di atas limpah
kurnia Allah SWT, kami

(Nama Bapa & Ibu Pengantin)

dengan segala hormatnya mempersilakan


.............................................................................
ke Majlis Perkahwinan anakanda kami

(Nama Pengantin)
dengan
(Nama Pasangan)

pada hari (Nama Hari, Tarikh Masehi, bersamaan Tarikh Hijrah)

bertempat di

(Alamat majlis akan diadakan)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu
Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan
dapat menyerikan lagi majlis kami dan
diberkati Allah S.W.T.  jua hendaknya.

 
Contoh 2


Dengan memanjat syukur ke hadrat Allah S.W.T., kami

(Nama Bapa)
dan
(Nama Ibu)

dengan segala hormat dan takzimnya memohon kesudian dan kehadiran


......................................................................
suami / isteri / keluarga bagi meraikan
majlis perkahwinan puteri kami
(Nama Pengantin)
dengan
(Nama Pasangan)

pada hari (Nama Hari), (Tarikh Masehi) bersamaan (Tarikh Hijri)
bertempat di (Lokasi Majlis)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu para tetamu akan menyerikan lagi
majlis kami dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Terima Kasih. Wassalam


 
Contoh 3

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Sejambak bunga telur, setepak sirih kami hulurkan
untuk kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

.................................................................................
sekeluarga bagi menyerikan lagi majlis
Perkahwinan Raja Sehari anakanda kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

Bertakhtakan adat, bersendikan Sunnah Rasul,
mendirikan istana kasih tanda tambatan ikatan dua hati
pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

di kediaman kami yang beralamat
(alamat majlis diadakan)

Beras Kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi,
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri,
Mendoakan mempelai diberkati ilahi.
Terima Kasih & Wassalam


Contoh 4


(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T.
dan segala hormatnya kami seisi keluarga menjemput
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik


.....................................................................
serta keluarga ke Majlis Perkahwinan *putera/puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

di kediaman kami yang beralamat
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu
para tetamu akan menyerikan lagi majlis kami
dan mendapat keberkatan Allah S.W.T.
Insya-Allah


Contoh 5

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan memohon rahmat dan keredhaan Allah SWT
kami ingin menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik


.....................................................
suami/isteri serta keluarga
ke majlis perkahwinan *putera/ puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

Pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

di kediaman kami di
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu
para tetamu semua akan menyerikan lagi majlis
ini dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya.
Insya-Allah


Contoh 6


Dengan izin Allah S.W.T.
ke atas hambanya yang merancang ini

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Merafak kata menyusun bahasa menurut adat
resam berteraskan agama bagi mempersilakan
Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

....................................................................................
suami/ isteri serta seisi keluarga ke teratak kami kerana
berhajat meraikan majlis penyatuan janji, izin berwali , ijab
bersaksi, termaktub niat suci hati *putera/ puteri yang dikasihi

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

mendirikan istana kasih di teratak kami
(alamat majlis diadakan)

Pada tarikh termaktub ini akan terucap salam tercium
wangian harum diiringi dengan doa restu kalian akan
menyerikan lagi majlis kami ini. Terima kasih.


Contoh 7


(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

.......................................................................................
ke majlis perkahwinan anakanda-anakanda kami

(nama pengantin pertama)
dengan
(nama pasangan pertama)

(nama pengantin kedua)
dengan
(nama pasangan kedua)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

Di kediaman kami
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
akan menyerikan lagi majlis kami serta mendapat
keberkatan yang Maha Esa. Terima Kasih.


Contoh 8


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Walimatul Urus

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Semarak kasih jalinan budi, Kehadiran anda kami sanjungi
Dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya kami menjemput
YB’ / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

....................................................................................
suami / isteri serta keluarga
ke Majlis Perkahwinan anak *lelaki/perempuan kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)
di kediaman  kami
(alamat majlis diadakan)

“Beras kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi
Berkembang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai, Dari kami raja sehari”.
Semoga kehadiran dan doa semua akan menyerikan
dan memeriahkan lagi majlis kami serta diberkati
Allah SWT. Terima Kasih, Wassalam


Contoh 9


(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan segala hormatnya mempersilakan
Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

....................................................................................
suami/ isteri serta keluarga
ke Majlis Perkahwinan Anakanda kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

di kediaman kami
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu
para tetamu akan meyerikan lagi majlis kami
dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Terima Kasih Wassalam


(Contoh 10)


 Walimatul Urus

Inai di jari tampak berseri, bersatu kasih raja sehari,
sukacita kami mengundang setulus hati, moga majlis diberkati Ilahi.

(nama bapa pengantin) dan (nama ibu pengantin)

dengan memohon redha dan rahmat dari Allah S.W.T. mempersilakan
Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

.....................................................................................
ke majlis perkahwinan

(nama pengantin)
dengan pilihan hatinya
(nama pasangan)

Pada (hari, tarikh) bersamaan (tarikh Islam)
Bertempat di kediaman kami yang beralamat
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran dan doa restu para tetamu akan menyerikan lagi majlis
kami dan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Insya-Allah


(Contoh 11)


(nama bapa pengantin)
&
(nama ibu pengantin)

Sejambak mawar setepak sirih
kami hulurkan untuk kehadiran
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik


.....................................................................................
bagi menyerikan majlis tambatan hati,
izin berwali, ijab bersaksi, bertaklik diri
terdirinya istana kasih *putera/ puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

Pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

Di kediaman kami yang beralamat
(alamat majlis diadakan)

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai,
Semoga Allah SWT memberkati,
Amin.


(Contoh 12)


Dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya kami

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan lafaz tahmid memuji ilahi,
setulus ikhlas mempersilakan
Dato’/Datin/Prof/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik


...............................................................
seisi keluarga menyempurnakan majlis ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati *putera/puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

di kediaman kami
(alamat majlis diadakan)

Dengan kehadiran serta iringan doa semua
jemputan akan menyerikan lagi majlis. Semoga Allah
memberkati majlis ini Insya Allah. Terima kasih.
Wassalam


(Contoh 13)


 Assalamualaikum w.b.t
Walimatul Urus

Salam di hulur pembuka bicara, jabat salam muslim sejati
undangan kami seikhlas rasa, harap terima sepenuh hati.

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan penuh kesyukuran mempersilakan
..........................................................................
Ke majlis kesyukuran dan menyambut
menantu *lelaki/ perempuan kami

(nama pengantin)
dengan pasangannya
(nama pasangan)

sirih bermadah pinang berbelah, adat kelmarin tersusun rapi
merisik sudah bertunang pun sudah, majlis kesyukuran
dan menyambut menantu kini dinanti

Pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

Di (alamat majlis diadakan)


(Contoh 14)


Syukur ke hadrat Allah S.W.T.
dengan keredhaan & keizinanNya kami

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Dengan segala hormat dan takzimnya
memohon kesudian dan kehadiran
YB/Y.Bhg/Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

...........................................................................
suami / isteri / keluarga bagi meraikan
majlis perkahwinan *putera/ puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

pada (hari, tarikh)
bersamaan
(tarikh Islam)

bertempat di
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran semua akan
memeriahkan lagi majlis ini. Insya-Allah
Terima Kasih & Wassalam


(Contoh 15)


(nama bapa pengantin) dan (nama ibu pengantin)

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi dan dengan segala hormatnya kami mengundang
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

..........................................................................................
suami / isteri serta seisi keluarga hadir bagi menyerikan majlis raja sehari *putera/ puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

mengikat pertemuan dua kasih, membina mahligai abadi, melangsungkan perkahwinan
pada (hari, tarikh) bersamaan (tarikh Islam)
di (alamat majlis diadakan)


(Contoh 16)


Majlis Kesyukuran

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Merafak kata, menyusun bahasa menurut adat
berteras agama dan dengan sepenuh hormat menjemput
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

..........................................................................
suami / isteri sekeluarga
ke majlis perkahwinan *putera/puteri kami

(nama pengantin)
dengan
(nama pasangan)

bersendikan sunnah, bertakhtakan adat mendirikan
istana kasih tanda termeterai ikatan dua hati
Pada (hari, tarikh)
bersamaan (tarikh Islam)

Di kediaman kami
(alamat majlis diadakan)

Semoga dengan kehadiran
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
akan menyerikan lagi majlis kami serta
diberkati Allah SWT. Terima Kasih


(Contoh 17)


Salam dihulur pembuka bicara,
jabat salam muslim sejati,
undangan kami seikhlas rasa,
harap terima sepenuh hati.

(nama bapa pengantin)
dan
(nama ibu pengantin)

Sepahar nasi kunyit, sejambak bunga telur dan
setepak sirih sebagai menyambut kehadiran
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik


................................................................
suami/isteri serta keluarga bagi menyerikan
Majlis Perkahwinan *putera/puteri kami yang dikasihi

(nama pengantin)
dengan pilihan hati
(nama pasangan)

Memadu pertemuan dua hati dan
bersendikan sunnah Rasullullah S.A.W.
mendirikan istana kasih di
(alamat majlis diadakan)

Pada (hari, tarikh)
bersamaan
(tarikh Islam)

Semoga dengan kehadiran
Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
menambah seri majlis kami serta
diberkati Allah S.W.T.



Cari
Troli Belian
Troli belian anda masih kosong.
0Item dalam troli:
RM0.00Jumlah:
Ikuti Ixora di Facebook
Kandungan Dilindungi
    Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Dasar Privasi | Syarat Penggunaan | Teks Undangan | Peta Lokasi