|
Mengikut Kategori
Produk Istimewa
Produk Terlaris
|
Terma & Syarat
Anda diminta membaca dengan teliti semua terma dan syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian melalui laman web ini. 1. Terma-terma dan Syarat-syarat Kontrak 1.1 Ixora Designs menawarkan laman web "http://www.ixora.com.my" kepada anda sebagai pengguna dengan pra-syarat bahawa anda menerima sepenuhnya semua terma, syarat, polisi dan pernyataan yang dipaparkan melalui laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda mengesahkan bahawa penerimaan terma-terma dan syarat-syarat itu termasuklah perubahan, tambahan atau sebarang bentuk pengkemaskinian bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu kontrak yang wajib dipatuhi. 1.2 Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran yang ditetapkan di dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh tiga hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan. Jika anda tidak menerima emel kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami. 1.3 Terma dan syarat ini juga terpakai untuk tempahan yang dibuat di semua outlet Ixora Designs. 2. Keterangan Perihal Barangan dan Perkhidmatan 2.1 Keterangan perihal harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web ini adalah seperti yang dipaparkan semasa anda membuat tempahan.
2.2 Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
2.3 Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
2.4 Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.
2.5 Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas.
2.7 Setiap kad yang dikeluarkan oleh Ixora adalah disertakan logo, alamat laman web dan nombor telefon di belakang kad dan juga di tempat lain mengikut kesesuaian. Sekiranya anda sebagai pelanggan tidak bersetuju dengan klausa ini, bayaran tambahan yang dikenakan ialah sebanyak lima peratus daripada jumlah harga atau RM50.00 mengikut mana yang lebih tinggi. Bayaran ini hendaklah dijelaskan sebelum kad itu dicetak. 2.8 Peta lokasi (sekiranya diperlukan) hendaklah dibekalkan oleh anda pada ruang tidak melebihi ukuran A4 dan mengandungi tidak lebih daripada 20 tanda (landmarks) seperti nama jalan, nama bangunan dan seumpamanya. Jika jumlah tanda berkenaan melebihi 20, bayaran tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang akan ditentukan dari masa ke semasa (bergantung kepada tahap kesukaran penyediaannya). 2.9 Dalam keadaan di mana kuantiti yang ditempah tidak mencukupi dan jumlah itu kurang daripada 60 keping, Ixora berhak untuk tidak mencetak jumlah yang kurang itu. Bagaimanapun, Ixora akan membayar balik kepada pelanggan mengikut nilai asal semasa tempahan dibuat. Sekiranya kekurangan itu melebihi 60 keping, Ixora bersedia untuk mencetak semula bagi menggenapkan jumlah tempahan yang asal. Untuk tujuan tersebut, pelanggan hendaklah memberi masa yang sesuai mengikut keadaan dan keupayaan Ixora. 3. Pembayaran 3.1 Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.
3.2 Pembayaran bagi tempahan yang dibuat melalui laman web ini boleh dilakukan secara terus kepada mana-mana akaun yang ditetapkan. Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran dikreditkan kepada akaun yang dinyatakan itu.
3.3 Pembayaran pendahuluan minimum bagi setiap tempahan melebihi nilai RM500.00 ialah sebanyak 50 peratus. Baki bayaran hendaklah dibuat setelah tempahan disiapkan. Penghantaran hanya akan dibuat setelah baki bayaran diselesaikan terlebih dahulu.
3.4 Bagi tempahan yang nilainya kurang daripada RM500.00, pembayaran penuh hendaklah dijelaskan semasa tempahan dibuat.
3.5 Pembayaran pendahuluan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh anda membuat tempahan. Sekiranya kami tidak menerima sebarang pembayaran dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan. Anda dikehendaki membuat tempahan semula jika masih berminat berurusniaga dengan pihak kami. 4. Tempoh Siap dan Penghantaran 4.1 Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan pruf (sekiranya berkaitan) dalam tempoh tujuh hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima pruf tersebut dengan kadar segera. Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya. Tempoh yang diperlukan ialah 1 - 5 hari bergantung kepada maklum balas berkenaan. Pindaan kepada pruf hendaklah tidak melebihi tiga kali. Bayaran tambahan sebanyak RM30.00 (setiap kali pindaan seterusnya) akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan (ada unsur baru) berbanding maklum balas terdahulu.
4.2 Tempoh untuk menyiapkan tempahan setelah pruf dipersetujui dan bayaran pendahuluan minimum sebanyak 50 peratus dijelaskan (mengikut mana yang terkemudian) adalah seperti berikut:-
(a) Kategori Ekonomi: Di antara 2 hingga 10 hari bekerja,
(b) Kategori Standard: Di antara 5 hingga 14 hari bekerja,
(c) Kategori Eksklusif: Di antara 20 hingga 40 hari bekerja,
(d) Kategori Import/ Hard Cover: Di antara 20 hingga 50 hari bekerja. (e) Banner / Bunting: Di antara 3 hingga 7 hari bekerja. 4.3 Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
4.4 Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Bagaimanapun, anda boleh melantik agen penghantaran atau datang sendiri ke pejabat kami untuk mengambilnya. Anda hendaklah memaklumkan mengenai cadangan tersebut secara bertulis (emel) semasa tempahan dibuat. Untuk itu, kos penghantaran yang dinyatakan pada Invois tidak perlu dibayar. Bagaimanapun, kos penghantaran melalui agen lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda.
4.5 Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia untuk memudahkan anda membuat semakan dengan Pejabat Pos di tempat anda.
4.6 Untuk mengurangkan kos penghantaran, kami telah mengadakan Memorandum Persefahaman dengan sebuah syarikat pengangkutan. Kadar yang ditetapkan ialah RM32.00 ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, pelanggan diminta mengambil sendiri barang-barang yang dikirim itu di pejabat/ kedai yang ditetapkan. Biasanya di bandar-bandar utama (ibu negeri) yang paling hampir dengan alamat pelanggan. Maklumat ini akan diberikan setelah barang tersebut dikirim kelak. Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa di antara satu hingga dua hari bekerja. 4.7 Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui Pos Laju hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan Pejabat Pos di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.
4.8 Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan bahawa tempoh yang dinyatakan itu dipatuhi sepenuhnya. Bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok, sedikit kelewatan mungkin berlaku. Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
4.9 Kami akan mempastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan bertepatan dengan jumlah tempahan. Sungguhpun begitu, anda digalakkan membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya. Sekiranya anda mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan, anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh penerimaan tersebut. Kami akan membuat semakan semula dan sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat penggantian dan tertakluk kepada Klausa 2.9. Bagaimanapun, jika tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan mengenai kuantiti tidak akan dilayan. 4.10 Bagi kad dalam Kategori Import, risiko seperti bencana alam, gangguan perusahaan dan sebagainya hendaklah difahami dan ditanggung bersama. Dalam kondisi ini, kami berhak membatalkan tempahan anda dan menggantikannya dengan kad lain. Harga kad gantian itu hendaklah tidak melebihi nilai tempahan asal. 4.11 Sebarang perubahan kepada syarat tempoh siap hanya akan diterima apabila kedua-dua belah pihak membuat persetujuan secara bertulis. Ixora Designs akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan mempercepatkan tempoh siap tetapi tidak terikat secara kontrak kerana syarat tempoh siap telah dinyatakan semasa tempahan dibuat lagi. 4.12 Dalam keadaan apa sekalipun, bagi tempahan yang dibuat di outlet, penyerahan produk yang telah siap dicetak akan diserah di tempat ianya ditempah. Kecuali pelanggan telah membuat bayaran lebih awal, kos pengiriman ke alamat pelanggan tidak akan ditangggung oleh Ixora Designs. 5. Risiko 5.1 Setelah penghantaran dibuat kepada Pos Malaysia atau mana-mana agen penghantaran, tanggungjawab kami akan berakhir setakat itu. Sebarang pertanyaan mengenai tempoh penyerahan hendaklah ditujukan kepada Pos Malaysia atau agen penghantaran yang berkenaan.
6. Warranti 6.1 Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.
7. Had Tanggungjawab 7.1 Tanggungjawab pembekal dalam kontrak, tort, dan lain-lain berhubung dengan prestasi atau melaksanakan prestasi perjanjian ini adalah terhad kepada jumlah harga atau nilai yang telah dibayar oleh anda sebagai pembeli. Kami tidak akan melayan sebarang tuntutan lain (consequential) yang berkait akibat daripada perjanjian ini.
8. Pembatalan Tempahan 8.1 Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses percetakan belum dilaksanakan.
8.2 Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan 50 peratus daripada jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
8.3 Jika pembatalan dibuat selepas tempoh 24 jam dan pihak kami telah menyiapkan pruf, wang pendahuluan tidak dikembalikan.
8.4 Jika pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan.
9. Polisi Privasi 9.1 Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda. Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
10. Pemakaian Undang-undang 10.1 Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan ini adalah terpakai mengikut Undang-undang Kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa.
Telah diperbuat pada 10 November 2006 di Ampang, Selangor Darul Ehsan Last updated Mei 4, 2010 |
Cari
Troli Belian
0Item dalam troli:
RM0.00Jumlah: Ikuti Ixora di Facebook
Kandungan Dilindungi
|