Free Web Counter
Selamat datang [Login | Daftar]
Mengikut Kategori
Produk Istimewa
Produk Terlaris
Soalan-soalan Lazim

1. Adakah Ixora Designs menerima tempahan secara on line?
 
Ya, kami sedia menerima tempahan secara on-line. Ini bermakna anda boleh membuat tempahan melalui laman web ini tanpa perlu datang sendiri ke  showroom kami.
 
2. Bagaimanakah proses tempahan dibuat?
 
Sila rujuk pada laman Panduan
 
3. Bagaimana cara membuat pembayaran?
 
Anda boleh membuat pembayaran melalui mana-mana cawangan bank berikut sama ada secara hadir, pindahan wang atau melalui Internet: Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank Berhad atau CIMB Berhad. Nombor akaun kami akan diberikan pada Invois pembelian anda.
 
 
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tempahan?
 
Kami memerlukan satu hingga empat minggu untuk menyiapkan sesuatu tempahan. Ia bergantung kepada jenis kad dan secepat mana pruf (artwork) dapat dipersetujui oleh pelanggan. Tarikh pruf dipersetujui oleh pelanggan adalah sangat penting. Tempoh siap dikira mulai tarikh kelulusan pruf tersebut. Oleh yang demikian, pelanggan diminta memberikan maklum balas yang segera sebaik sahaja menerima pruf daripada pihak kami.
 
5. Berapa lamakah sesuatu pruf itu dapat disiapkan?
 
Biasanya pruf pertama akan siap dalam tempoh kurang daripada tujuh hari bekerja dikira mulai tarikh kami menerima maklumat lengkap termasuk peta. Sekiranya terdapat pindaan, pruf kedua dan seterusnya akan disediakan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja setelah kami mendapat maklum balas anda.
 
6.  Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat tempahan?
 
Kad undangan adalah di antara tindakan awal yang harus anda usahakan.  Berdasarkan pengalaman dan maklum balas yang kami terima,  tempahan kad undangan sebaik-baiknya dibuat tidak lewat daripada tiga bulan sebelum  tarikh majlis diadakan. 
 
7. Bolehkah tempahan dibuat dari luar Malaysia?
 
Tempahan boleh dibuat dari mana-mana tempat di seluruh dunia.  Bagaimanapun, alamat penghantaran bagi tempahan itu terhad kepada negara Malaysia, Singapura dan Brunei.   Bagi penghantaran ke negara selain yang dinyatakan itu, anda diminta menghubungi kami melalui emel untuk mendapatkan sebutharga bagi tujuan penghantaran.
 
8. Saya mahu memasukkan pelan lokasi, apa yang perlu saya buat?
 
Kami sedia mencetak pelan lokasi. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat lakaran pelan tersebut dan menghantarnya kepada kami sama ada melalui emel atau surat biasa. Lakaran peta tersebut hendaklah disediakan pada satu muka kertas berukuran tidak lebih besar daripada A4. Landmark yang menunjukkan tanda-tanda menuju ke lokasi majlis sebaiknya tidak melebihi 20 tanda. Anda boleh mengimbas (scan) lakaran tersebut dan menyimpannya (save) dalam format Jpeg atau GIF. Anda juga boleh menyediakannya dalam format Words 2003, Excell 2003 atau Powerpoint.
 
9.   Bagaimana pula dengan Al-Wakil dan Pemangku Kerja?
 
Kami menyedari bahawa banyak pelanggan kami daripada Negara Brunei Darussalam yang bertanyakan masalah ini. Sukacita kami memaklumkan bahawa kami tidak keberatan untuk mencetak nama-nama berkenaan.  Untuk tujuan itu, anda dikehendaki menyenaraikan nama-nama tersebut dan mengemukakannya kepada kami secara berasingan melalui emel.
 
10. Adakah sebarang kos tambahan dikenakan untuk mencetak pelan lokasi?
 
Tiada sebarang kos tambahan dikenakan jika anda membuat tempahan melalui laman web ini. Bagaimanapun, bagi peta lokasi yang mempunyai 20 tanda (landmarks) ke atas, kami mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM1.00 bagi setiap tambahan tanda berkenaan.
 
11. Saya ada menerima kad undangan daripada seorang kawan yang menempahnya daripada Ixora. Tetapi malangnya kad itu tidak terdapat di laman web ini.
 
Terima kasih atas perhatian anda. Sebenarnya kami belum dapat memasukkan kesemua koleksi kad kami. Sekiranya anda berminat dengan kad tersebut, sila berikan nombor kod kad berkenaan (lihat pada bahagian bawah pelan lokasi), warna dan tarikh undangan. Sila nyatakan cadangan kuantiti tempahan. Kami akan memberikan sebutharga untuk anda pertimbangkan.
 
12.  Berapakah kuantiti minimum yang boleh ditempah?
 
Anda boleh membuat tempahan serendah 100 unit bagi mana-mana kategori.
 
13.  Bagaimana jika saya mahu menempah sebanyak 2,000 kad undangan?
 
Harga terbaik bagi tempahan kad undangan ialah pada kuantiti 1,000.  Jika anda membuat tempahan melebihi 1,000 unit, harga yang ditawarkan adalah sama dengan kadar yang diberikan jika anda menempah 1,000 kad.
 
14. Kami sangat berminat untuk datang sendiri ke Ixora Designs tetapi kurang pasti waktu urusniaganya.

Kami beroperasi pada setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Pekerja.
 
Waktu Perniagaan mulai 11.00 pagi hingga 6.30 petang,
Sila klik di sini untuk mengetahui peta lokasi.

Kami juga mempunyai outlet di Ampang.  Alamatnya:

G1-078, Ground Floor,
Galaxy Ampang Shopping Centre,
Jalan Dagang 5, Taman Dagang,
68000 Ampang, Selangor.

Tel: 03-4270 4332

 
15.  Saya bercadang untuk membuat pembelian melalui laman web ini dan mengambil sendiri apabila ianya siap dicetak kelak?
 
Kami tidak ada halangan jika anda ingin mengambil sendiri kad atau barangan tempahan anda. Anda boleh datang sendiri atau menghantar wakil untuk mengambilnya. Untuk itu, anda tidak perlu membayar kos penghantaran.
 
16.  Bagaimana cara untuk login?
 
Anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh login.  Pendaftaran adalah percuma. Sila gunakan alamat emel anda untuk mendaftar dan ingati katalaluan untuk membolehkan anda login kemudian hari.
 
17.  Saya ingin membuat tempahan untuk dua belah pihak.  Adakah kos tambahan dikenakan?
 
Kadar harga yang dinyatakan di laman web ini meliputi harga bagi satu dan dua undangan.  Kami tidak mengenakan kos tambahan sama ada untuk artwork, peta atau untuk cetakan.
 
18.  Adakah Ixora menerima tempahan secara customize?
 
Kami sedia menerima tempahan secara customize.  Bagaimanapun, kami  memandang berat terhadap harta intelek dan Akta Hak Cipta.  Oleh itu, rekabentuknya hendaklah asli dan tidak meniru kad daripada syarikat lain.  Tempahan minimum ialah 100 keping sahaja.
 
19.  Saya keliru dengan harga yang dipaparkan pada kad undangan perkahwinan?
 
Kad undangan perkahwinan kami dijual mengikut kuantiti 100, 200, 300 dan seterusnya.  Ini bermakna jika kuantiti yang dipaparkan pada ruang Kuantiti itu bersamaan 1, harga yang dimaksudkan ialah untuk 100 unit kad.  Harga ini bagaimanapun berubah mengikut kuantiti tempahan yang anda buat.  Perbezaan harga ini boleh dilihat dengan  mengubah angka 1 pada ruang Kuantiti, katakan kepada 2.  Anda juga boleh menukarnya kepada 3 dan seterusnya.  Setiap kali anda mengubah kuantiti, anda akan mendapati harganya semakin menurun apabila angka pada ruang kuantiti ditambah.

20.  Saya mendapati harga yang ditawarkan oleh Ixora sangat menarik.  Bagaimana anda mampu berbuat demikian?

Ixora telah berada di pasaran sejak sembilan tahun yang lalu.  Selain pengalaman tersebut, kebanyakan proses percetakan kad-kad tersebut dibuat sendiri di premis kami (in-house). Dengan kepakaran dan kelebihan tersebut, kami mampu menawarkan harga terbaik kepada pelanggan kami.
 
 
Cari
Troli Belian
Troli belian anda masih kosong.
0Item dalam troli:
RM0.00Jumlah:
Ikuti Ixora di Facebook
Kandungan Dilindungi
    Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Dasar Privasi | Syarat Penggunaan | Teks Undangan | Peta Lokasi